Nuffnang Ad

Monday 25 April 2016

Kek Pisang Marble coklat

Assalammualaikum. Ini lah kek untuk minum petang kak ruby hari ni, saja2 nak makan duduk seorang-orang macam ni, kat luar tu dah gelap hujan nak turun.....alhamdulillah, biar lah hujan turun lebat-lebat, sedap jugak minum teh dengan kek pisang, walau pun seorang-orang hihihi.
Terima kasih Hana, resepi.


Kek pisang marble coklat

Bahan
150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
180g gula halus - hana kurangkan 150g je
3 biji telor 
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dngn 1sb air panas > bancuh jadikan pes

















Cara
Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


Thursday 14 April 2016

Kek Kastad Coklat

Assalammualaikum dan salam hari jumaat, Pagi-pagi lagi kak ruby dah buat kek, siap dengan bunga fondant lagi.....hihihi sebenarnya kek ini untuk diri kak ruby sendiri, kek hari lahir kak ruby, tapi bukan hari ni, kak ruby lahir pada 18 April,  sengaja kak ruby percepatkan, sebab esok hingga jumaat nanti kak ruby kan pergi holiday ke Trengganu, dinegeri kak ruby dibesarkan, dari sekolah rendah hingga ke tingkat lima kak ruby disana.  Best nya tak sabar nak pergi......ia lah dah lama kak ruby tidak ke Trengganu terutama di Seberang Takir, disitu lah rumah dan sekolah kak ruby dulu.  Rindu pula rasa nya......
Petang nanti boleh celebrate hari lahir dan habiskan kek kastad coklat yang sedap ni.....


KEK KASTAD COKLAT
sumber : syapex

Bahan untuk kek
150 gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh baking powder - ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 sudu teh ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan serbuk koko
50 ml minyak masak



Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.

Bahan untuk kastad coklat
400 ml susu cair
600 ml air
1 cawan gula kastor
15 gm agar-agar tali
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
Secubit garam
2 sudu makan serbuk koko


Cara
Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
Kemudian Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat.
Kacau guna whisk
Bila dah likat, tutup api.
Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.














Cara melapis kek kastad
Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
 Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Kemudian biar kastad keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepitepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

Wednesday 13 April 2016

Pajeri Nenas Cara kak ruby



PAJERI  NENAS

Bahan 
1 biji nenas masak
1 kotak santan
3 sudu makan kerisik
24 gm rempah kari daging
10 gm ikan bilis
1 sudu kecil garam
2 susu besar gula
1 inci halia
Sedikit minyak

Untuk Bahan Tumis
1 biji bawang besar – ditumbuk halus
5 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih


Cara 
Nenas dikupas kulit dan dipotong bulat, ketepikan.
Rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air suam dan ½ cawan santan.
Panaskan minyak, tumis bahan tumis kacau hingga naik bau wangi, masukkan halia, rempah yang telah dicampur santan tadi. Masak hingga pecah minyak, masukkan santan, kerisik, ikan bilis, garam dan gula kacau sebati, masak hingga mendidih dan pekat.
Rasa masin manis nya...tutup api.

Friday 8 April 2016

Lapis Pelangi



 LAPIS PELANGI

Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan santan (1cwn santan pekat cmpurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
7 warna pelangi
















Cara
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
Masukkan santan ke dalam periuk, panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku, tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam kedalam mangkuk, masukkan santan tadi, gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 7 bahagian, dengan ukuran 1 cawan setiap satu bahagian, warnakan satu bahagian dengan warna pelangi, Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak kedalam kukusan.
Tuang mana-mana je 1 warna ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit, masuk warna ke dua kukus lagi selama 5 minit.  Ulang proses ini hingga habis 7 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Sejukan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Thursday 7 April 2016

Apam Lenggang Lemak Manis

Assalammualaikum...Bangun pagi tadi tercari-cari apa kuih untuk buat sarapan pagi jumaat ni....nak yang ringkas dan sedap, cara kat blog, fb, group kawan-kawan bila-tiba mata ni ternampak gambar cantik sangat, kak ruby baca hohoooo apam lenggang, yes! nak buat kuih ni, buka blog cari resepi apam lenggang......banyak rupa nya resepi apam lenggang ni,  ada yang letak nasi sejuk,  kak ruby cari lagi yang tak letak nasi sebab kak ruby tak de nasi.
Ada resepi kat group masak, tapi tak diberitahu sapa tuan punya resepi asal, okey kak ruby pun buat dari hati yang seronok kata orang, bahan-bahan pun sikit je, senang dan ringkas seperti yang kak ruby mahu......siap masak ini lah hasil nya sedap sangat.  Terima kasih pada kawan-kawan group masak.


APAM LENGGANG LEMAK MANIS

Bahan
2 cawan tepung beras
1-2 sudu mkn yis kering
3 sb gula
¾ cawan air suam
Sedikit garam
Satu kan semua bahan dan kacau tutup biarkan dalam 30 minit.
Buka tutup dan masukkan 1 biji telur
½ cawan santan pekat, kacau rata.

















Cara
Panaskan kuali,  letak minyak sikit pada tisu dan sapukan pada kuali, tuang 1 senduk adunan dan lenggang kan kuali atau guna senduk saja untuk ratakan, tutup dengan penutup periuk.
Lebih kurang 3 minit angkat dan gulung.
Makan bersama sambil ikan bilis atau apa-apa saja yang sesuai.