Nuffnang Ad

Friday 22 May 2020

Biskut Nestum




BISKUT NESTUM

Bahan A
250 gm butter
1 biji kuning telur
¾ cawan gula kastor
1 st esen vanilla
Satukan dan kacau semua bahan A sehingga sebati, guna senduk kayu sahaja, jangan diputar hingga kembang, ketepikan.




Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 ½ cawan nestum (dikisar halus)
Satukan semua bahan B kacau sebati, kemudian masukkan kedalam bahan A, dan gaul dengan jari sehingga doh yang lembut.
Terap kan dengan acuan pilihan sendiri dan sapu dengan putih telur, (kak ruby sapu dgn merah telur) hias dengan ceri dan taburkan sedikit nestum diatasnya.
Bakar selama 20 – 25 minit pada suhu 170c api atas bawah.


Monday 18 May 2020

Biskut mazola




BISKUT KACANG MAZOLA

Bahan
3 cawan kacang tanah yang sudah di goreng dan dikisar halus
3 cawan tepung gandum
¾ cawan gula kastor
Sedikit garam
Minyak Mazola secukupnya
Kuning telur – untuk disapu diatas biskut
Kacang tanah untuk diletak diatas biskut



Cara
Kacang tanah digoreng tanpa minyak, disejukkan dan dibuang kulit kemudian dikisar.
Masukkan tepung, kacang, gula dan sedikit garam ke dalam bekas dan gaul sebati.
Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
Bentuk suka hati masing2 atau bulat kan saja pun boleh, masuk ke dalam Loyang sapu dengan kuning telur dan letakkan kacang tanah yang dibelah dua.

Bakar pada suhu 180c selama 10 – 15 minit.

Thursday 14 May 2020

German cookies





GERMAN COOKIES

Bahan
250 gm butter (kak ruby guna buttercup)
250 gm potato starch
160 gm tepung superfine/tepung gandum
80 gm gula icing - diayak






Cara
Panaskan oven pada suhu 170o.
Ayak tepung kentang dan tepung superfine, ketepikan.
Pukul butter dan gula icing sehingga kembang,  masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut, bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
Rehatkan doh didalam peti ais selama ½ jam supaya senang dibentuk.
Bentukkan doh menjadi bebola bulat kecil dan susun di dalam dulang pembakar.  Tekan bebola dengan garfu yang direndam didalam air panas supaya tidak melekat.
Bakar selama 15-20 minit, angkat dan sejukkan diatas rak penyejuk biskut sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.  



Sunday 10 May 2020

kek pisang walnut






KEK PISANG WALNUT

Bahan:
2 biji telur 'A' (dipukul hingga kembang)
2 cawan tepung gandum*
1 cawan gula
1/2 cawan walnut
1/2 cawan kismis hitam
4 biji pisang (sedehana besar) (dilenyek)
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu mkn susu pekat manis
1/2 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda baikarbonat*
1/2 sudu kecil garam
1/2 kecil esen vanilla




Cara:
Satukan bahan2 yg bertanda * ayak dan ketepikan.
Minyak dipukul sebati dengan telur yang dipukul kembang tadi. Kemudian masukkan gula, susu, vanila dan garam, kacau hingga sebati lagi.
Masukkan tepung yang sudah ayak tadi, dan juga pisang.  Akhir sekali masukkan walnut dan kismis kacau hingga sebati.  Masukkan ke dalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit mentega.
Bakar api atas bawah dengan suhu sederhana je 150c selama 45 minit atau hingga masak.

Murtabak kulit popia





Murtabak Mini Kulit popia

Bahan inti
500 gm isi ayam/daging
5 biji kentang dipotong dadu
3 sudu mkn rempah kari ayam/daging
1 ulas bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar dipotong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis





Cara masak inti
Panaskan kuali, tuang sedikit minyak masak, masukkan bawang yang dihiris tadi.
Masukkan rempah kari dan sedikit air, masukkan juga isi ayam/daging, masak sampai pecah minyak.
Masukkan kentang dan air separah bahan yang dimasak, jangan terlebih air nanti inti lembik.
Masak sehingga air hampir kering, masukkan garam dan gula, masa ni kacau jangan berhenti, kacau hingga kering. Dah siap.

Seterusnya menyediakan murtabak mini
Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam.  Tuangkan kedalam bahan inti tadi,  masukkan daun sup dan bawang dadu, kacau sebati.
Buka kulit popia, letak atas dulang.  Ambil 3 sudu makan inti yang dicampurkan dgn telur dan bawang tadi, letak ditengah kulit popia, lipat atas bawah kiri kanan.
Terbalikkan dan masukkan ke dalam kuali, yang sudah dipanaskan terlebih dahulu dgn sedikit minyak.
Bakar sehingga masak, balik balikkan, masak angkat.
Ulangi lah langkah ini hingga inti dan kulit popia habis.


Tuesday 5 May 2020

Kuih tepung pelita tak perlu kukus






TEPUNG PELITA

Bahan
Beberapa acuan kecil-kecil - kak ruby saja guna acuan besar

Untuk lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan air
Sedikit pewarna hijau

Cara
Satukan semua bahan dalam periuk, dengan menggunakan api yang sederhana,  kacau hingga pekat.
Sebelum itu taburkan sedikit gula dalam acuan, masukkan adunan hijau tadi kedalam acuan, jangan penuhkan ye, nanti nak masukkan lapisan putih pula….





Untuk lapisan putih
½ cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Garam secukupnya

Cara
Sama seperti cara adunan hijau diatas,  Bila sudah pekat dan ada buih meletup letup tutup api dan masukkan kedalam acuan hijau tadi. Siap.