Nuffnang Ad

Saturday 24 October 2015

Apam Kentang lagi.....



APAM KENTANG

Bahan
•    3/4 cwn gula pasir*
•    200 ml air*
•    1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)
•    2 cwn tepung beras
•    1 cwn kentang rebus
•    250 ml santan
•    1 cwn tpng gandum
•    sedikit garam
•    1 sudu kecil yeast
•    1 sudu kecil b.powder
•    pewarna hijau
















Cara
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan.
2. Masak gula bersama air dan daun pandan, sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukn tpung beras, tpung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam. Sapu minyak pada acuan pilihan.
6. Kukus dalam acuan kecil selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut.

Wednesday 21 October 2015

Kuih Getas



KUIH GETAS

Bahan
250 gm tepung pulut
20 gm tepung gandum
150 gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150 ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng















Cara
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper,  pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.


Tuesday 20 October 2015

Nasi Lemak Pandan kak ruby



NASI LEMAK PANDAN

Bahan
3 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
3 cawan santan
2 helai daun pandan – diblend dengan 11/2 cwn air
1 helai daun pandan –  disimpul
1 biji bawang besar – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 batang serai – diketuk
1 kiub ayam
sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa















Cara
Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
Daun pandan dibersihkan dan dipotong kecil, blender bersama 1 1/2 cawan air, (gunakan sukatan cawan yang sama semasa menyukat beras). Kemudian ditapis dan diambil airnya, dalam 1 cawan saja.  Kemudian campurkan dengan 3 cawan santan tadi dan juga sedikit pewarna hijau.
Masukkan kesemua bahan dalam rice cooker, on, kak ruby masak je seperti masak nasi biasa.

Monday 19 October 2015

Sosej Bersalut Roti



SOSEJ BERSALUT ROTI

Bahan
6 keping roti
6 batang sosej 
1 biji telur - dipukul
bread crumb secukup nya
Minyak utk menggoreng


Cara
Sosej di rebus sekejap dan ditoskan.
Roti digelek dengan penggelek untuk padatkannya.
Isikan sosej dan gulung roti.
Celupkan roti ke dalam telur dan kemudian golekkan atas bread crumb.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Boleh makan dengan sos cili.

Jemput2 Air Panas



JEMPUT2 AIR PANAS
resepi : yatie

Bahan
3 cawan tepung gandum*
segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
1 biji bawang besar potong2 kecil*
1 biji lada merah(dihiris)* - ka ruby tak letak
daun sup/bawang (hiris)* - kak ruby tak letak
garam secukup rasa*
2 1/2 cwn air panas mendidih
minyak untuk menggoreng
















Cara
Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
Bulatkan lubang ditengah adunan.
Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..

Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.

Saturday 17 October 2015

Kuih Lapis Mawar



KUIH LAPIS MAWAR

Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan santan (1cwn santan pekat cmpurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros





Cara
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci (kak ruby guna acuan bunga ros).
Masukkan santan ke dalam periuk, panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku, tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam kedalam mangkuk, masukkan santan tadi, gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200 ml batel) bahagi kpd 600 ml lebih kurang setiap satu, warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakan perisa ros, Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak kedalam kukusan.
Tuang 200 ml adunan tanpa warna (putih) kedalam loyang, kukus selama 5 minit dengan api kuat. Setelah lapisan pertama masak, tuang 200 ml adunan merah, kukus lagi.  Ulang proses ini hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Sejukan terlebih dahulu sebelum dipotong.

*oleh kerana kak ruby guna acuan bunga ros, jadi cara lapisan kak ruby tidak ikut cara yatie atau cara    K.An Periuktanah.

Sunday 11 October 2015

Brownies Cake Chewy Goory



Brownies Cake Chewy Goory

Bahan 
300g butter /mentega
300g chocolate masakan
6 biji telor ayam - pukul sedikit
80g serbuk koko
350g gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
100g tepung gandum- ayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yg telah di panggang 10minit dan dicincang

















Cara
Cairkan butter.. pastu masukkan serbuk koko.. guna whisk je senang.. x yah guna mesin pemukul ya.. kacau sebati.. tutup api.
Masuk dalam mangkuk.. campur kan ngan gula perang.. kacau rata..Masukkan telur sikit2.. kacau rata....tepung gandum..masukkan esen vanilla.. kacau rata
Bekas yg lain.. cairkan coklat masakkan dgn cara double boil.. pastu curah kat adunan tadi..Masukkan kacang yg dipanggang .. kaup balik sampai rata.. terus masuk loyang yg telah di griss butter ..kalau rajin buh tepung skit kat loyang tu lepas griss butter.
Guna loyang 10x10 inci..Bakar suhu 150'c selama 60 minit.. tapi mir bakar 75minit bg garing skit atas dia..bergantung pada oven korang.. Sejukkan sebentar baru hidang.. bole tabur coklat cair kalau nak.

NOTA KAKI :: Tip mir utk yg baru belajar :
 1-Jangan pukul over sgt ya sebab dia guna tepung sikit je.. nanti kek u ols mendap kat tengah..
2 - bole taruk serbuk kopi skit..dalam adunan tu..

Saturday 3 October 2015

Puding Sedut atau Puding Siruk

Assalammualaikum...Hihihi giliran kak ruby pula nak tayangkan puding sedut yang tengah hangat di blog dan fb sekarang ni.....kak ruby buka blog dah ramai teman-teman blogger publish kan gambar dan resepi puding sedut rupa nya, tak pe lah kak ruby terlewat sikit.......
Petang semalam jerebu ditahap tidak sihat, kak ruby nak buka tingkap, pintu pun rasa takut, nanti jerebu tu masuk pula dalam rumah....jadi kak ruby berkurung lah dalam rumah.....mula lah kak ruby ke dapur iaitu tempat yang paling kak ruby suka.......apa lagi kalau ke dapur tu, ada lah sesuatu yang akan terhasil nanti.....
Pukul 5 siap puding sedut diatas meja, oooooo sedap rupa nya.....tidak lah rugi seharian kak ruby terkurung dalam rumah dek kerana jerebu diluar.......


PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
resepi : Citarasawan

Bahan
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
botol kaca secukupnya

Cara
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata
Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh,  warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry





















Cara penyediaan ke dlm botol 
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna