Nuffnang Ad

Wednesday 28 April 2021

Biskut cornflakes rangup

 


BISKUT CORNFLAKES RANGUP
 
Bahan
2 cawan cornflakes – diramas kasar
200 gm butter
½ cawan gula kastor
1 biji kuning telur
1/2  sudu teh esen vanilla
1 ¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
1 cawan cornflakes di blend halus
1 cawan cornflakes di blend kasar




 
Cara
2 cawan cornflakes diramas2 kasar, diketepikan.
Hanya dengan menggunakan spatula pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla kacau lagi sebatikan.  Masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk penaik, masukkan juga tepung jagung kacau sebatikan lagi.
Akhir sekali masukkan cornflakes halus dan cornflakes kasar, kacau sebatikan.
Kemudian sudukan adunan kedalam bekas yang berisi 2 cawan cornflakes diramas kasar tadi, golek-golakkan, lepas tu letakkan diatas loyang pembakar, dan bakar dengan suhu 160c selama 20 minit atau hingga masak.


Sunday 18 April 2021

Sagu gula merah

 


SAGU GULA MERAH
 
Bahan
2 cawan sagu
10 cawan air
1 susu cair
Beberapa pewarna yg disukai




 
Cara
Didihkan air hingga mendidih, masukkan biji sagu.  Masak dan kacau sehingga sagu bertukar jernih.
Tutup api dan biarkan seketika,  Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk membuang kanji pada sagu.  Selepas toskan sagu, bahagikan sagu kepada beberapa bahagian dalam mangkuk, Titiskan pewarna pd setiap mangkuk, kacau hingga sebati. Ketepikan.
 
Penyediaan air gula melaka
Bahan
1 ½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 cawan air
Sehelai daun pandan – disimpul
 
Cara
Masak semua bahan diatas hingga larut dan mendidih, tutup api  tapis
 
Cara Penyediaan
Isi air gula melaka ke dalam cawan kemudian masukkan ais, sagu dan susu cair.
Sedia untuk diminum.