Nuffnang Ad

Tuesday 10 August 2021

Kek lapis harimau malaya

 


KEK LAPIS HARIMAU MALAYA
 
Bahan A
10 biji telur A
180 gm gula halus
200 gm tepung hong kong/tepung gandum Faiza
200 gm Horlick
1 sb overlatte
 
Bahan B
500 gm mentega
½ tin susu pekat manis
1 cawan sri kaya
1 sk esen vanilla
 
Bahan C
200 gm coklat masakan
120 gm cream cheese
(cairkan coklat cara double boil dan jg cream cheese dengan bekas yg berasingan)





 
Cara
Pukul telur, gula dan overlatte hingga kembang.  Dalam bekas lain pukul Bahan B hingga kembang dan berkrim.  Kemudian masukkan kedalam adunan telur tadi secara sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.
Masukkan campuran tepung dan holick yg telah diayak,  sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian warna kuning + cream cheese, 1 bahagian lagi + coklat,  masukkan adunan kedalam botol sos yang berlainan. (guna piping bag pun boleh)
Lenserkan loyang dan alas dengan kertas kek, Paip kan adunan secara menyerong dan secara berselang seli kemudian bakar pada suhu 180c hingga masak, keluarkan dari oven lapis lagi untuk lapisan ke 2 buat sama macam lapisan pertama tadi, untuk lapisan ke 2 dan seterusnya guna api atas sahaja.  Ulangi lah proses melapis hingga adunan habis.  Siap.