Nuffnang Ad

Monday, 28 December 2020

Kek Marble Lembut


 

KEK MARBLE LEMBUT
 
Bahan A
150 gm butter dicairkan  - (timbang dulu baru dicair)
Bahan B
5 bij telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula halus
1 sudu besar ovalete
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kesukaan





 
Cara
Panaskan oven, sapu loyang 8" x 8" dengan sedikit butter dan alas dengan kertas minyak.  Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.
 
Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu.  Masukkan Bahan A iaitu butter yang telah dicairkan dan sejukan, Kaup balik hingga sebati.
 
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna kesukaan.  Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang hingga selesai.  Hentakkan loyang kek sedikit supaya adunan kek sekata dalam loyang.
 
Bakar hingga masak pada suhu 160c selama 45 – 50 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).  Masak, sejukkan.


1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)

    ReplyDelete