Nuffnang Ad
Tuesday, 25 December 2012
Popia Goreng
POPIA GORENG
Bahan
Kulit popia secukupnya
Bahan inti
50 sen taugeh
1/2 biji sengkuang - diparut
1 batang lobak merah - diparut
2 sudu besar udang kering - tumbuk
2 biji tauhu - dilecek dgn garfu
2 ulas bawang putih- potong halus
sedikit serbuk kunyit, garam dan lada sulah
Cara
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tauhu, udang kering dan serbuk kunyit, kacau bagi sebati. masukkan sengkuang dan lobak merah, kacau lagi kemudian masuk taugeh, garam dan lada sulah, kacau sebati. Tutup api angkat dan sejukkan.
Ambil kulit popia, letak inti dan gulung kemas2, untuk lekat hujungnya, sapu dgn putih telur. Gulung hingga habis dan goreng hingga kekuningan.
Sedap dimakan panas2, cicah dengan sos cili atau boleh juga disapukan sos atas popia dan ditabur dengan kacang yg ditumbuk halus.
Bahan sos
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih (diblenda)
1 biji bawang besar (diblenda)
air asam jawa
gula kabung
garam dan biji sawi
Cara
Masukkan semua bahan sos kedalam periuk, kecuali bijian kacau hingga mendidih dan pekat kemudian tabur bijian. tutup api, angkat.
Labels:
kuih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment