KUIH KOCI LABU
Bahan
1 cawan labu - direbus dan lecek
1 1/4 cawan tepung pulut
1 sudu teh gram
daun pisang secukup nya
Cara
Campurkan semua bahan kecuali daun pisang, gaul hingga jadi doh yang lembut. Adunan akan melekat sikit pada tangan, tambah SEDIKIT tepumg gandum.
Bahan sapu pada kuih
1 cawan santan pekat
1 sudu teh tepung beras
sedikit garam
Cara
Campur tepung dengan santan kacau sebati. Masak dengan api pelahan, masukkkan garam, apabila sudah mendidih tutup api dan ketepikan.
Cara untuk bungkus kuih
Bulat2kan inti sebesar ibu jari ketepikan.
Sapukan daun pisang dengan sedikit minyak masak, kemudian letakkan 1 sudu bahan sapu, jemputkan adunan dan leperkan masukkan inti tutup bulatkan letak atas daun pisang yg sudah di letak bahan sapu tadi, bungkus lah seperti biasa. Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment