Nuffnang Ad
Tuesday, 12 March 2013
Kuih Cara Berlauk
KUIH CARA BERLAUK
Bahan
200 gm daging kisar
2 sudu besar rempah kari daging
1/2 cawan air
1/2 biji bawang besar - dicincang dadu
2 ulas bawang putih - dicincang dadu
sedikit daun bawang/daun sup - dipotong halus
2 biji cili merah - dipotong halus
garam secukupnya
sedikit gula dan minyak
Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan cincang dadu, goreng hingga naik bau. Masukkan rempah kari, daging kisar dan juga air, masak hingga daging empuk dan naik minyak, masukkan garam dan gula. Kacau hingga sebati dan kering.
Bahan utk adunan tepung
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
1 biji telur
pewarna kuning
sedikit garam
Cara
Blender kan je semua bahan. Tuamg kedalam bekas.
Cara memasak kuih cara
Panaskan acuan kuih cara, sapu sedikit minyak, tuang adunan 3/4 penuh, biarkan sekejap letakkan inti dan juga 1 atau 2 potong cili merah dan daun bawang. Tutup, gunakan tudung periuk, masak angkat.
Labels:
kuih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment