Pagi2 di hari minggu ni terasa pula nak buat kek lapis sisik ikan, nak hadiahkan untuk seseorang.........walaupun sisik ikan nya tak berapa nak bersisik, tapi alhamdulillah menjadi dan sedap........terkenang sewaktu di Sibu dulu, kak ruby p kelas untuk belajar kek ni, seronok bersama kawan2 di Sibu......kali ini kak ruby guna resepi dari Rabiah Amit, saja2 nak try resepi Rabiah pula.........terima kasih Rabiah.
KEK LAPIS SISIK IKAN
resepi Rabiah Amit
Bahan
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
150 gm gula halus
300 gm mentega
200 gm tepung hong kong
100 gm horlicks
110 ml air sejuk (dr peti ais)
1 tin kecil kaya
5 sudu mkn susu pekat manis
1 sudu mkn ovellet
1 sudu kecil esen vanila
asam manis secukupnya (guna yg 4 segi, ptong 4) (yg bulat pun bleh)
Cara
Pukul mentega dan susu pekat manis hingga sebati dan berkrim, ketepikan.
Pukul telur, gula ovellet hingga kembang, masukkan kaya sambil terus dipukul masukkan horlicks, tepung dan esen vanila. Kemudian masukkan mentega tadi, akhir sekali masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.
Panaskan oven pada suhu 150c, sapu loyang dengan mentega dan letakkan kertas minyak putih.
Sendukkan 6 sudu makan, masuk kedalam loyang dan ratakan. Bakar gunkan api atas bawah hanya untuk lapisan pertama. Untuk lapisan kedua dan seterusnya guna api ATAS saja.
Selepas lapisan kedua, cucuk asam manis secara condong sehingga separuh tenggelam, setelah selesai cucuk, senduk lagi 6 sudu adunan dan bakar sehingga keperanggan.
Ulangilah langkah ini hingga adunan habis.
No comments:
Post a Comment