Assalammualaikum dan selamat berpuasa....pasa pertama kita berpuasa selama 10 hari sudah berlalu, esok hari yang ke 11 kita berpuasa dah masuk pasa kedua.....kata ustaz pasa kedua ni pasa keampunan, kata ustaz lagi kita orang2 islam banyak2 lah mohon keampunan dan sujud pada Allah, Allah mesti ampun punya........itu lah sebahagian dari tazkirah selepas solat tarawih tadi........hari ni kak ruby buat biskut fancy ice cream pula hehehe..........
BISKUT FANCY ICE CREAM
Bahan
260 gm butter
120 gm gula aising
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
40 gm tepung ubi
40 gm serbuk badam
1/2 sudu teh baking powder
sedikit esen vanila
Utk topping : coklat masak dan manik2
Cara
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Kemudian campurkan tepung2 yang telah diayak bersama baking powder, masukkan jugak serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh, gelek dan terap dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar dan bakar pada suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak.
Biarkan biskut betul2 sejuk baru lah celup hujung biskut dalam coklat cair dan tabur manik diatas coklat.
No comments:
Post a Comment