Nuffnang Ad

Thursday, 30 May 2013

Kek Rainbow

Assalammualaikum, hari ni kak ruby rajin sikit kot, petang ni buat kek, kek pelangi lagi......sebab dah lama tak buat, tangan pun jadi keras nak topping2 ni dah tak cantik lagi, mewah pula dengan cream hehehe......tak pe lah untuk seisi keluarga je.......

KEK RAINBOW

Bahan
3 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan buttercup
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji putih telur
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil esen vanila
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

 

Cara
Ayak tepung, baking powder dan garam - ketepikan.
Pukul butter bersama gula sampai kembang dan gebu, masukkan telur putih, pukul lagi sampai gebu, masukkan esen vanila.  Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, sebati.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna2 diatas.
Bakar setiap bahagian selama 10 - 15 minit dengan suhu 170c.  Loyang 8 inci.
Untuk topping boleh guna non dairy whipping cream.    


2 comments:

  1. wahh kak rubi,ni kira rajinlah, sebab ada kek pelangi di kala cuaca panas berbahang...meriah bila tgk kek ni..kaler malerr..

    ReplyDelete