Nuffnang Ad
Wednesday, 22 May 2013
Lompat Tikam
LOMPAT TIKAM
Bahan Bawah (hijau)
1 cawan tepung beras
1 sudu mkn tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan dan pewarna hijau
1 sudu teh air kapur - kak ruby tak letak
sedikit garam
Cara
Campurkan semua bahan kedalam periuk, kacau diatas api kecil, kacau selalu hingga menjadi pekat. Kemudian masukkan kedalam bekas, ketepikan.
Bahan Atas (putih)
1 cawan tepung beras
1 sudu mkn tepung jagung
3 cawan santan pekat
garam secukupnya
Cara
Campurkan semua bahan kedalam periuk, kacau diatas api kecil, kacau selalu hingga menjadi pekat, kemudian letakkan diatas adunan hijau tadi. Sejukkan dalam peti ais.
Untuk kuahnya
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara
Masakan semua bahan sehingga mendidih, tapis dan hidangkan bersama lompat tikam.
Labels:
dessert
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedap la kan kak makan ketika cuaca panas berbahang...
ReplyDeleteSalam....singgah sebentar kat sini. sedap2. Jemput singgah ke blog chef http://studiomasakanchefhussin.blogspot.com
ReplyDelete