Nuffnang Ad

Thursday, 9 May 2013

Nasi Hujan Panas

Assalammualaikum, pagi jumaat ni, giliran kak ruby pula tayangkan nasi hujan panas di kayumaniskorner hihihi.........sama seperti kawan kawan lain jugak kak ruby pun suka masak nasi hujan panas ni, tapi selalunya kak ruby guna resepi sendiri, semua bahan2 pakai agak agak je......semalam kak ruby guna resepi dari CHEF HANIELIZA dari buku 1 Hari 1 Resepi, siapa yang tak kenal dengan chef Hanieliza kan.......buku ni bukan kak ruby beli tapi hadian dari anak kesayangan WAFA........kak ruby pun apa lagi mula lah satu hari satu resepi............untuk lauk nya kak ruby masak ayam gajus pun resepi dari chef hanieliza jugak.



NASI HUJAN PANAS

Bahan
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato - dicincang
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
1 sudu mkn minyak sapi
2 sudu mkn marjerin
pewarna merah, hijau, kuning

 

Bahan tumis
3 kumtum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kumtum bunga lawang
1 inci kayu manis
1 inci halia - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk

Cara
Panaskan minyak sapi dan marjerin dalam periuk, masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan, goreng sehingga naik bau.  Masukkan air dan garam, biarkan hingga mendidih.
Masukkan susu cair, kuib pati ayam, tomato dan beras, kemudian kacau rata.  Masak lah seperti biasa.
Bila nasi hampir kering, letakkan pewarna, biarkan sehingga nasi masak dan kering.  Kemudian gembur-gemburkan nasi supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.



No comments:

Post a Comment