Assalammualaikum dan salam hari jumaat.....dessert kak ruby di hari jumaat ni puding limau nipis pertama kali kak ruby buat, sedap sangat rasa masam-masam manis, lebih kurang macam teh ais limau gitu, makan pula masa ia sejuk-sejuk, aduh sedap nyer.......terima kasih pada tuan punya resepi Chef Nor Asmawati..... Kak ruby buat 1/2 adunan je dan kak ruby tambah sukatan air sedikit supaya puding tidak keras, puding kan sodap kalau lembik- lembik cam tu, maaf ye chef.
PUDING LIMAU NIPIS
Bahan A
500 ml air
150 gm gula pasir
75 gm mentega
Bahan B
50 ml jus limau nipis
120 gm tepung jagung - dibancuh dgn 150 ml air
1 biji lumau nipis - diparut kulit
1 biji telur - dipukul kembang
sedikit pewarna hijau
Cara
Masak bahan A sehingga mendidih.
Masukkan bahan B dan kacau sehingga sebati dan pekat.
Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.
comellah puding tu....mesti sedap ni....
ReplyDelete