KEK PRUN & LIMAU
Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan buah prun
1 cawan susu cair
1 cawan gula
125 gm mentega
2 biji telur
1 biji limau sunkist
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking power
Cara
Ayak tepung gandum bersama baking power, ketepikan.
Kulit limau di parut dan direndam bersama buah prun dan jus limau.
Mentega dan gula dipukul hingga kembang, masukkan telur satu demi satu, dan juga masukkan esen vanila pukul lagi, masukkan susu cair sebatikan. Kemudian masukkan tepung yg di ayak td sedikit demi sedikit sambil di kacau, masukkan buah prun yg di rendam kacau hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 150c selama 1 jam atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment