Assalammualaikum dan salam hari jumaat, hari ni dan semalam kak ruby buat kerabu, kalau semalam kerabu daun selon hari ni kerabu taugeh campur kerang pula hihihi sedap sangat kedua-dua kerabu ni selera makan nasi, walau pun hari ni makan nasi seorang-orang je tetap selera........suami tersayang terbang jauh menyeberangi laut cina selatan, kak ruby doakan semoga suami selamat pergi dan selamat kembali......pergi kerana tugas, kak ruby relakan......ya Allah lindungi lah suami ku amin.
KERABU TAUGEH
Bahan
1 RM taugeh
1 kilo kerang
1 biji bawang besar - dihiris halus
1/2 cawan kerisik
2 sudu besar udang kering
4 biji cili kering/cili kisar
2 biji limau kasturi
sedikit belacan dan garam secukupnya
Cara
Taugeh dibuang ekor, dibersih dan dicelur, toskan. Kerang direbus dan dibuang kulitnya. Bawang besar dan cili besar dihiris nipis-nipis. Cili kering, udang kering dan belacan ditumbuk halus. Kemudian campurkan kesemua bahan kecuali jus limau kasturi, bila semua sudah dikacau sebati baru masukkan jus limau kasturi, kacau lagi, rasa masin masam nya, boleh dihidangkan.
ada kerang mesti sedap... kerabu ni penambah selera...
ReplyDelete