Nuffnang Ad
Monday, 25 November 2013
Kek Lapis Batik Sutera
KEK LAPIS BATIK SUTERA
resepi asal : Ling Arsat
Bahan A
10 biji telur
180 gm gula halus
1 sudu mkn ovellate
200 gm tepung Hongkong
100 gm horlick
Bahan B
16 oz mentega
1/2 tin susu pekat manis
170 gm seri kaya
1 sudu teh vanilla
Cara
Pukul telur, gula dan ovellate sehingga kembang. Bahan B juga dipukul berasingan sehingga kembang.
Satukan kedua-dua adunan, gaul sebati. Masukkan tepung Hongkong dan horlick, gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
a) 1 bahagian dibahagi 2 dibiarkan plain (utk lapisan bawah dan atas)
b) 1 bahagian lagi dibahagi 3 (utk 3 warna merah, coklat dan oren)
Bakar 4 lapisan bawah warna plain. Setelah itu bakar 3 lapisan adunan warna merah, 3 lapisan warna coklat dan 3 lapisan warna oren, akhir sekali bakar 4 lapisan atas warna plain.
Acuan 8 1/2 x 8 1/2 .
Labels:
kek lapis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mesti sedap ni ada sri kaya dan horlick
ReplyDeletecantik kejadiannya..
ReplyDelete