Assalammualaikum, sudah dua minggu jeruk buah-buahan tersimpan di dalam peti ais, kak ruby beli masa festival keseniaan dan kebudayaan islam tempoh hari, 1 kotak 10 rm dah siap semua buah-buahan jeruk, sebenarnya kak ruby sendiri tak ingat nama buah-buahan tu, yang kak ruby tau memang buah-buahan ni untuk buat acar buah. Resepi nya pula kak ruby minta pada kawan sekerja kak ruby dulu........Laila tuan punya resepi terima kasih lela bagi resepi.
ACAR BUAH
Bahan
10 rm buah-buahan jeruk utk buat acar
15 biji bawang merah - kupas kulit biarkan bulat2
6 biji bawang putih - buang kulit biarkan bulat2
1/2 cawan cuka
3 sudu besar gula merah/gula pasir
1 inci halia
1/4 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
bijian, minyak dan garam secukupnya
Bahan kisar
3 sudu besar cili kisar - cili kering digoreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga betul2 masak, kering dan naik minyak kemudian masukkan cili sos, tomato sos, halia, cuka, gula, garam dan bawang merah, bawang putih masukkan sedikit je air untuk lembutkan bawang, masak lagi hingga pekat dan naik minyak lagi. Rasa sesedap rasa, baru masukkan buah-buahan, kacau sebatikan, masukkan bijian sebatikan lagi. tutup api angkat.
wah sedapnya.
ReplyDeleteNak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri
ReplyDelete