Nuffnang Ad

Tuesday, 5 February 2013

Foldered Spounge Cake

Dua minggu lepas, selepas hantar suami ke tempat kerja, kak ruby singgah di salah satu kedai bakery yang terdapat Putrajaya ......kak ruby tertarik dengan satu kek ni, cantik.... kak ruby beli, makan sebagai sarapan....sedap...timbul lah minat kak ruby ingin mencuba, " tapi macam mana resepi nya, bentuk dia boleh lah tiru" fikir kak ruby.....tapi, tapi, tapi macam2 persoalan yang timbul.....kak ruby tinggalkan begitu saja hingga beberapa hari.....semalam ingatan pada kek tu datang lagi, kak ruby nekad  "aku mesti buat" dengan menggunakan resepi spounge cake kak ruby terus mencuba dengan cara kak ruby......ini lah bentuk dan hasil dia hehehe hihihi ada tali pula......itu yang kak ruby gelak sendirian, kak ruby guna daun kucai sebagai tali, apa boleh buat kalau tak ikat dia tak lekat, jadi kena lah ikat.......daun kucai pun daun kucai lah.  Itu lah sejarah tercipta nya kek ini....reka2 cipta sendiri,  hasil dari tiru sana tiru sini, nama kek pun kak ruby cipta sendiri.    Sapa2 yang ingin mencuba teruk sikit tau sebab kena ikat dengan daun kucai.
*bentuk dia lebih kurang lah dengan kek yang terdapat di bakery tu.
      

FOLDERED SPOUNGE CAKE

Bahan A
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak jagung
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning

 

Bahan B
5 biji putih telur

70 gm gula kastor


 
Bahan  C
300 ml whipping cream - pukul sampai kental
strawbery
beberapa helai daun kucai - celur dgn air panas sekejap



Cara
Pukul bahan B hingga menjadi meringue, ketepikan.
Pukul air, kuning telur dan minyak jagung hingga berbuih. Masukkan gula dan esen vanila pukul hingga kembang, masukkan sedikit demi sedikit tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik dan kacau sebatikan.

Satukan bahan B kedalam bahan A, secara kaup balik, dengan hanya menggunakan senduk kayu saja. Jangan guna mixer.
Setelah sebati masukkan kedalam loyang yg telah dialas dengan kertas minyak.
Bakar selama 1 jam dengan oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 160c dengan kaedah water bath guna api bawah sahaja.

Sejukkan dulu sebelum dipotong lintang 4 lapis. Kemudian potong bulat dibahagian tengah nya yang berukuran 5 1/2 inci.
Lepas tu buat dan bentuk lah seperti gambar diatas. 

No comments:

Post a Comment