Assalammualaikum, untuk minum petang tadi, kak ruby buat buah melaka ada juga setengah orang panggil onde2, resepi kak ruby guna tepung pulut je, sebab kak ruby suka liat-liat gitu...... kalau sapa sapa tak suka liat campurkan sedikit tepung gandum.........
BUAH MELAKA
Bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan air + sedikit pewarna hijau
gula kabung/gula melaka
2 cawan kelapa putih + sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul
air untuk merebus
Cara
Potong gula kabung atau gula melaka kecil2 untuk dijadikan inti, ketepikan.
Masukkan daun pandan dalam periuk bersama air, didihkan.
Masukkan air yang dicampur dengan pewarna hijau tadi ke dalam tepung pulut, cara sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan jadi lembut dan boleh di bentuk bulat2.
Kemudian ambil adunan yang telah dibentuk bulat tadi, leperkan masukkan inti, tutup bentukkan bulat semula. Buat lah hingga adunan habis.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih tadi, masak lah hingga buah melaka timbul, angkat dan toskan.
Gaulkan dengan kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam.
Boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment