Nuffnang Ad

Tuesday, 11 February 2014

Talam berlauk

Assalammualaikum,  cuaca hari ni lebih lagi panas dari semalam, kak ruby jemur kain 1 jam je sudah boleh diangkat, risau pula lama2 di jemuran nanti kain baju jadi kelabu ialah panas kuat sangat........walau apa pun terima kasih Allah dengan cuaca hari ni, tentu ada rahmat disebalik cuaca panas............selepas masak tengahari tadi sempat jugak kak ruby buat talam berlauk untuk minum petang dan jugak untuk malam.

Resepi nya untuk adunan tepung kak ruby guna resepi dari rakan blog Azie,  tapi untuk inti kak ruby buat cara kak ruby sendiri, sebab kak ruby guna bahan2 yang ada di rumah je, nak keluar pegi pasar beli udang bagai  malas lah pula dalam panas2 macam ni,  jadi kak ruby buat lah cara kak ruby,  yang pasti talam berlauk tetap sedap.
   

TALAM BERLAUK

Bahan
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap ayam/1 cwn santan pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji telur
1 sudu teh gula
2 sudu teh garam atau secukup rasa




Cara
Satukan semua bahan dan blend.  Tapis dan tuang ke dalam bekas, ketepikan,  (asingkan 1/4 cawan untuk dititiskan sedikit demi sedikit keatas permukaan lauk supaya melekat).
Tuangkan adunan ke dalam bekas loyang atau bekas kecil2 yang sudah disapu dengan sedikit butter atau minyak, kukus selama 15 minit.
Kemudian buka kukusan dan tabur bahan lauk dan jugak bahan hiasan yang dirihis.  Titiskan jugak bahan adunan yg ditinggalkan 1/4 tadi.
Kukus semula selama 20 minit.

Bahan Inti
200 gm daging kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
minyak utk menumis

Untuk hiasan 
Daun sup, daun bawang - diriris
2 biji cili merah - diriris
bawang goreng secukupnya



Cara
Tumbuk bahan yang bertanda *, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar dan sedikit air dan garam,  masak dan kacau-kacau hingga air nya kering.  Angkat dam letepikan. 


 


1 comment: