Nuffnang Ad
Wednesday, 12 February 2014
Puding Karamel Tanpa Telur
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Bahan A
2 sudu besar gula pasir - dihanguskan
Bahan B
1 peket agar2 serbuk 10 gm
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar kastard
1 susu kecil esen vanila
Cara
Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil, masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang, ketepikan.
Satukan semua bahan B, kacau atas api, adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastard tidak bergentel.
apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat, tutup api, tapis dan tuangkan kedalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan kedalam pati ais hingga puding mengeras. Terbalikkan puding dan bolehlah dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment