Assalammualaikum dan selamat hari raya aidil adha, tentu ramai yang dah pulang ke kampung, kak ruby tak balik kampung malah terbang pergi lagi ada..............
hihihi cuma ini yang sempat kak ruby buat untuk dibawa ke Kuching pagi esok, raya aidil adha tahun ni kak ruby beraya di Kuching, sebab nya satu je tak mahu anak kesayangan puteri kak ruby tu beraya tampa keluarga di sana........pagi esok kak ruby terbang lah ke Sarawak dengan membawa kuih siput hihihi hehehe kelakar kan, tak pe lah di sana banyak kek lapis sarawak, yang pasti kak ruby dapat beraya bersama puteri kak ruby dah cukup seronok.
KUIH SIPUT
resepi dr : my resepi
Bahan
5 cawan tepung gandum
50 gm butter
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil udang kering - goreng, tumbuk halus
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil garam
sedikit daun kari - utk digoreng bersama kuih siput
santan atau air biasa - utk menguli
sebelum d goreng
Cara
Gaulkan semua bahan kecuali daun kari dan santan atau air.
Kemudian uli dengan santan atau air hingga menjadi doh, cubit sedikit adunan gentel bagi bulat dan tekan diatas papan kuih siput. Semasa menggoreng masukkan daun kari.
No comments:
Post a Comment