Jemput Pisang
JEMPUT PISANG
Bahan
2 cawan pisang lecek*
2 1/2 cawan tepung gandum*
1/4 cawan gula merah*
1 sudu teh baking powder*
sedikit garam*
minyak untuk menggoreng
Cara
Gaulkan semua bahan yang bertanda * hingga sebati. Biarkan 10 minit supaya gula didalam adunan tu cair dan sebati. Panaskan minyak, kemudian jemput2 kan adunan masukkan kedalam kuali, bila sudah hampir kekuningan terbalik2kan, masak angkat, dan toskan minyak nya. Buat lah begitu hingga adunan pisang habis.
No comments:
Post a Comment