WAJIK/PULUT KACAU
Bahan
3 cawan pulut
3 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
5 cawan santan pekat
Sedikit garam
Sedikit air
sedikit gula batu
3 helai daun pandan – disimpul
Cara
Cuci pulut dan rendam selama 3 jam atau semalaman. Kukus hingga masak, ketepikan
Dalam kuali besar masukkan santan, gula pasir, air gula
merah yang sudah ditapis, gula batu, garam sedikit air dan daun pandan, masak
hingga gula larut dan pekat serta berbuih.
Masukkan pulut lalu kacau rata, Masak dan kacau selalu hingga pekat. Tutup api.
Masukkan kedalam bekas pilihan sendiri.
No comments:
Post a Comment