Nuffnang Ad

Thursday, 29 August 2013

Kek Lapis Coklat Cheese

Assalammualaikum,  Syawal sudah hampir ke penghujungnya, kak ruby tetap jemput saudara mara datang ke rumah, walau pun biskut raya sudah tinggal seredak-seredaknya hihihi...... kak ruby rajinkan diri buat kek lapis, sebab bahan-bahan berbaki masih ada, kak ruby campur sana campur sini jadi lah sebiji kek lapis coklat cheese yang tak berapa cantik (sbb tak cukup bahan sepenuhnya, kak ruby guna bahan apa yg ada je) tapi tetap sedap.  Kek ni kak ruby belajar di kelas sewaktu kak ruby di Sibu dulu, memang sedap......sapa2 yang ingin mencuba semak resepi dibawah, ikut betul2 insya Allah jadi punya.  Maaf ye Halimah corak lapisan kak ruby guna kreativiti kak ruby sendiri.
  

KEK LAPIS COKLAT CHEESE
resepi : kelas kek lapis sarawak
oleh: Puan Halimah Hj Udin

Bahan
10 biji telur
16 oz mentega
2 1/2 gelas tepung gandum
1 1/2 gelas gula halus
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil kaya
200 gm horlick
1 sudu besar ovallate
1 sudu besar baking powder
250 gm cheese bar (diparut)
250 gm coklat masak (dicairkan)

 


Cara
Mentega, gula, ovallate dipukul hingga kembang.  Kemudian masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang, masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder, susu, kaya dan horlick pukul lagi sampai sebati.
Bahagi kepada 2 bahagian
Satu bahagian - dibiarkan warna asal, masukkan cheese yg telah diparut
Satu bahagian lagi - masukkan coklat yg telah dicairkan
Bakarlah selapis selapis sampai habis, lapisan pertama bahagian yg ada cheese.
Acuan 9 x 9....guna 7 sudu mkn bagi setiap lapisan.  Bagi lapisan pertama guna api atas bawah, lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja. 

No comments:

Post a Comment