Nuffnang Ad

Friday, 12 April 2013

Nasi Serai

Salam hari jumaat.....Dua hari semalam kak ruby makan nasi serai,  bukan kak ruby yang masak tapi anak kesyangan tu sudah balik dari Kuching, cuti semester,  dia lah yang masak, rajin anak mama.......... Kak ruby pula masak,  daging masak hitam sarawak, apa lagi kena dengan nasi serai memang sedap tak payah banyak2 lauk lagi, untuk sayur pula kami dua beranak stim kan je brokoli..........
   
NASI SERAI 

Bahan
4 cawan beras basmathi
3 cawan air
2 cawan susu cair
1 helai daun pandan
4 sudu besar minyak sapi - utk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis
1 sudu besar rempah kurma - dbnch dgn sdikit air
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kmtum bunga lawang
3 biji bunga cenkih
5 batang serai - dititik


 

Cara
Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis bahan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu kekuningan.
Kemudian masukkan air, susu cair, daun pandan, garam dan serai kacau sebati biar kan mendidih sekejap masukkan beras kacau lagi bagi semuanya sebati, tuangkan kedalam rice cooker masak lah seperti biasa.

1 comment:

  1. Enaknye kak...seronok dah ada yg pandai turun dapur

    ReplyDelete