Assalammualaikum dan salam hari jumaat......petang ni kak ruby buat cucur udang, ringkas2 je minum dengan air teh O, sedap.
CUCUR UDANG
Bahan
250 tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
100 gm udang sederhana besar - bersih potong 4
1/2 ulas bawang besar - potong kecil2
1 biji telur
10 batang daun bawang (daun kucai bleh gak)
220 ml air
sedikit kunyit dan garam
Cara
Campur dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Perapkan selama 1/2 jam atau hingga nampak gelembung2 keluar di permukaan adunan tepung.
Panaskan minyak, sudukan 1 sudu besar adunan tepung dan goreng lah hingga kekuningan, api jangan terlalu besar. Angkat toskan minyak.
sedap nih..
ReplyDeleteenaknye, sedap buat minum petang
ReplyDelete