Murtabak Mini Kulit popia
Bahan inti
500 gm isi ayam/daging
5 biji kentang dipotong
dadu
3 sudu mkn rempah kari
ayam/daging
1 ulas bawang putih
dihiris
1 biji bawang besar
dihiris
2 biji bawang besar
dipotong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam dan gula
Cara masak inti
Panaskan kuali, tuang
sedikit minyak masak, masukkan bawang yang dihiris tadi.
Masukkan rempah kari dan
sedikit air, masukkan juga isi ayam/daging, masak sampai pecah minyak.
Masukkan kentang dan air
separah bahan yang dimasak, jangan terlebih air nanti inti lembik.
Masak sehingga air hampir
kering, masukkan garam dan gula, masa ni kacau jangan berhenti, kacau hingga
kering. Dah siap.
Seterusnya menyediakan
murtabak mini
Pecahkan 2 biji telur,
pukul dan masukkan sedikit garam.
Tuangkan kedalam bahan inti tadi,
masukkan daun sup dan bawang dadu, kacau sebati.
Buka kulit popia, letak
atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti
yang dicampurkan dgn telur dan bawang tadi, letak ditengah kulit popia, lipat atas bawah kiri kanan.
Terbalikkan dan masukkan
ke dalam kuali, yang sudah dipanaskan terlebih dahulu dgn sedikit
minyak.
Bakar sehingga masak, balik balikkan, masak
angkat.
Ulangi lah langkah ini
hingga inti dan kulit popia habis.
No comments:
Post a Comment