KEK PISANG WALNUT
Bahan:
2 biji telur 'A' (dipukul hingga kembang)
2 cawan tepung gandum*
1 cawan gula
1/2 cawan walnut
1/2 cawan kismis hitam
4 biji pisang (sedehana besar) (dilenyek)
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu mkn susu pekat manis
1/2 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda baikarbonat*
1/2 sudu kecil garam
1/2 kecil esen vanilla
Cara:
Satukan bahan2 yg bertanda * ayak dan ketepikan.
Minyak dipukul sebati dengan telur yang dipukul kembang
tadi. Kemudian masukkan gula, susu, vanila dan garam, kacau hingga sebati lagi.
Masukkan tepung yang sudah ayak tadi, dan juga
pisang. Akhir sekali masukkan walnut dan
kismis kacau hingga sebati. Masukkan ke
dalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit mentega.
Bakar api atas bawah dengan suhu sederhana je 150c selama
45 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment