KETAM MASAK MASAM MANIS
Bahan
3 ekor ketam – kerat 2
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomoto
2 sudu besar sos tiram
1 ketul pati ayam
Cara
Tumbuk atau cincang bahan yang bertanda *.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan cincang tadi hingga
naik bau.
Masukkan semua jenis sos, pati ayam dan sedikit air kacau rata, bila mendidih masukkan ketam kacau, Masukkan garam gula, kacau ratakan terbalik-balikkan ketam, masak hingga kuah agak pekat dan ketam masak, tutup api.
No comments:
Post a Comment