ONDEH ONDEH KELEDEK UNGU
Bahan
1 ketul keledek purple - saiz sederhana
2 cawan tepung pulut
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
200 gm gula melaka
Cara
Keledek dibuang kulit dan direbus hingga empuk. Kemudian toskan dan dilenyek hingga hancur.
Masukkan tepung pulut gaul hingga sebati, jadikan adunan
yang lembut.
Sementara itu, potong gula melaka kecil-kecil dan juga
gaulkan kelapa parut bersama garam.
Didihkan juga air dalam periuk.
Bulat-bulatkan adunan sebesar duit 20 sen, masukkan gula
melaka, buat lah begini hingga semua adunan habis. Masukkan kedalam air yang sedang mendidih,
bila sudah timbul angkat, toskan sekejap kemudian golek2 kan dalam kelapa parut
putih tadi.
No comments:
Post a Comment