Badak Keledek Ungu Berendam
resepi asal : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan kulit badak:
1 cawan tepung pulut
½ cawan keledek ungu yang telah direbus dan
dilecek halus
1 sudu teh garam
½ cawan air - boleh
tambah jika perlu sekiranya adunan agak keras
Cara:
1. Campurkan tepung pulut, keledek ungu lecek, dan garam
dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air sepaya adunan tidak
terlalu lembik dan melekit.
3. Jika adunan melekit, tambahkan tepung pulut sedikit demi
sedikit dan gaul lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Buat kepalan sebesar atau sekecil saiz yang disukai dan
bulatkan. Kemudian lubangkan di tengah-tengah dan masukkan inti kelapa sebesar
guli, tutup kembali menjadi seperti bebola.
5. Didihkan air yang banyak dalam periuk.
6. Setelah air benar-benar mendidih, masukkan bebola badak
tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga timbul.
7. Angkat bebola badak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah
santan.
Bahan inti:
2 cawan kelapa parut – ambil kelapa putih saja
1 cawan gula melaka yang telah dipecah-pecahkan - boleh
campuran dengan gula merah untuk warna yang lebih gelap
1 cawan air
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
secubit garam
1 helai daun pandan - siat dan simpulkan
Cara:
1. Larutkan gula melaka di dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan, garam dan kelapa parut.
3. Masak sehingga hampir kering dan kemudian masukkan air
bancuhan tepung jagung.
4. Sejukkan dan kemudian buat bulatan kecil sebesar guli.
Ketepikan.
Bahan kuah:
2.5 cawan santan pekat
2 sudu makan tepung beras
secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan
Cara:
1. Satukan santan pekat bersaa tepung beras dan secubit
garam. Kacau sebati.
2. Tapiskan bahan kuah.
3. Masukkan daun pandan. Didihkan dengan api perlahan
sehingga kuah pekat.
No comments:
Post a Comment