KEK PANDAN KELAPA
Bahan
(loyang 8x8 inci)
250 gm butter
1 cawan gula kaster (1/4 cwn dan 3/4 cwn)
1 sudu kecil ovallete
5 biji telur gred A (asingkan kuning dan putihnya)
2 cawan tepung superfine/tpng gandum*
1 s/k baking powder*(* di ayak bersama)
100 ml santan pekat
2 sudu kecil perisa pandan/pandan emulco
sedikit pewarna hijau
sedikit kelapa kering-utk tabur atas kek
Cara
Pukul putih telur bersama 1/4 cwn gula kaster hingga
ringan.
Ketepikan.
Sementara itu dalam bekas lain, pukul butter, ovallete
dan 3/4 cwn gula kaster sehingga kembang dan putih.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati.
Masukkan pandan emulco/perisa pandan juga pewarna hijau.
Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Kacau rata
sehingga adunan betul2 sebati.
Masukkan adunan putih telur dan gaul kaedah kaup balik.
Sediakan loyang yg telah dilapikkan kertas minyak. Sapu
sedikit butter di sekeliling loyang.
Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan hentak-hentakkan
2 kali.
Taburkan kelapa kering di atas kek.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak.
Guna api atas dan bawah 180c dan letak dirak tengah.
Setelah masak, angkat dan sejukkan diredai kek.
Setelah sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment