Nuffnang Ad

Sunday, 9 September 2018

Pastry fruirt cake




PASTRY FRUIRT CAKE
Sumber : Ainie Syeema
Dicuba oleh : Aznie Khasri
Dicuba jgk oleh : kak Ruby

Bahan

100g butter
160g gula halus
3 biji telur ayam (A @ B )
210g tepung gandum. }ayak
1 s/k baking powder. }ayak
1 s/t Vanila flovor
1 s/t Lemon zest / kulit oren
100g sourcream / yogurt
buah2 segar.. Seperti strawberry, blueberry, buah peach. (kak ruby guna yg dlm tin je. --pastikan buah2an ditoskan dahulu






Cara
 Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja. Pukul ngan gula caster hingga creamy..
Pukul hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih..
Masukkan telur satu persatu.. Sambung pukul perlahan- lahan hingga telur hilang dari pandangan.. Jangan over beat masa ni...
Masukkan vanila flovor juga lemon zest.. Pukul lagi ..
Masukkan bahan kering yg telah diayak tadi sedikitdemi sedikit sambil dipukul hingga sebati..
Akhir sekali masukkan sourcream @ yogurt... Pukul sebati (aznie gaul guna spatula je)
masukkan adunan kedalam loyang 8' yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper... Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..
Kemudian susun la buah2an pilihan masing-masing dan tidak 'watery'...
Bakar pada suhu 160' selama 45 minit.. Guna api atas bawah..
Cucuk dengan lidi/ cake tester untuk pastikan kek dah masak... Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan kek..
untuk dokorasi bole dust dengan snow powder.. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar.. Dan xlarut dalam kek..
Siap.. Bole la dihidangkan..

Bakar pada suhu 180' selama 50 minit.. Kemudian tukar api bawah je dan bakar kek lagi dlm 5-10 minit..
*** aznie baru perasan yang resepi ni buah2 xde gaul ngan gula macam sesetengah resepi... Sebab klu buah digaul ngan gula buah akan jadi berair.. Tu salah satu sebab kenapa buah korang tenggelam skit kebawah.





Creamy vanila sous

Bahan
1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 s/k vanila flovor
1 @ 2 s/b gula pasir (ikut kemanisan yang kita nak)
4 biji kuning telur

Cara
panaskan susu cair, whipping cream juga vanila flovor hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk.. Tutup api..
pukul kuning telur bersama gula hingga sebati..
masukkan campuran susu tadi yang masih panas kedalam telur tadi.. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebari.. (Pastikan sentiasa kacau ye.. Jangan malas
kemudian masukkan semula kedalam periuk.. Dan masak lagi hingga agak pekat... Sentiasa dikacau ye.. Jangan terlalu pekat.. Sebab bila dah sejuk nanti ia akan menjadi pekat lagi..
siap.. Tutup api.. Kemudian tapis kedalam mangkuk..
sejukkan ia dulu kat peti ais baru dihidangkan bersama pastry fruits cake ye..
sedap macam mkn aiskrim vanila..

No comments:

Post a Comment