BUAH MELAKA
Bahan
2
cawan tepung pulut
1
sudu besar tepung gandum
1
cawan air + sedikit pewarna hijau
gula
kabung/gula melaka
2
cawan kelapa putih + sedikit garam
1
helai daun pandan - disimpul
air
untuk merebus
* ini kak ruby buat dua warna - bahagi 2 dan warna kan
Cara
Potong
gula kabung atau gula melaka kecil2 untuk dijadikan inti, ketepikan.
Masukkan
daun pandan dalam periuk bersama air, didihkan.
Masukkan
air yang dicampur dengan pewarna hijau tadi ke dalam tepung pulut dan tepung
gandum, cara sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan jadi lembut dan
boleh di bentuk bulat2.
Kemudian
ambil adunan yang telah dibentuk bulat tadi, leperkan masukkan inti, tutup
bentukkan bulat semula. Buat lah hingga
adunan habis.
Masukkan
ke dalam air yang sedang mendidih tadi, masak lah hingga buah melaka timbul,
angkat dan toskan.
Gaulkan
dengan kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam.
No comments:
Post a Comment