AGAR AGAR MILO
Bahan
1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
5 cawan
1 tin susu cair
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan
Cara
Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5
minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.
Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul.
Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.
Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian untuk perasa milo
dan 1 bahagian perasa susu.
Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko.
Kacau dengan whisk sehingga sebati. Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar
milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.
Untuk bahagian susu, kacau sebati.
Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan
atas melekat. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di
dalam peti ais.
Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment