Biskut
Florentine
Bahan
500g
serbuk florenta
500g
almond slice
200g
kuaci hijau
100g
kuaci putih
20g
bijan putih
20g
bijan hitam
Kertas
cupcake yg licin dlmnya “size L” (ada lapisan plastik biasanya bercorak
polkadot) saya guna 60keping. Senang nnt bole isi banyak2 dulu.
Cara2:
-
Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama
5minit.
-
Kemudian Bakar kuaci hijau n putih campurkan dan ratakan dlm dulang 5minit.
-
Bijan hitam n putih pun saya bakar 5 minit bg wangi.
-
Sejukkan semua betul2 ye dan campur semua dlm satu bekas bersama serbuk
florenta.
-
Gaul sehingga sama rata.
-
Sudukan guna sudu besar kedalam cup ratakan. Tak nipis n tak terlalu tebal.
-
Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, so bakar yg pertama tu
rajin2 tengok ye bila dah kekuningan keluarkan dari oven.
-
Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu n mudah je tanggalkan. Cup bole guna
semula untuk round seterusnya.
-
Simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment