Beberapa hari lepas kak ruby cuba buat kek coklat lava. Sebab tak puas makan masa sambutan hari lahir tempuh hari, kek coklat lava di hadiah kan oleh kakak masa hari lahir tu, masih terasa kesedapan kek coklat lava. Jadi kak ruby pun godek-godek lah dalam blog, memang banyak resepi kak ruby jumpa. Tapi kak ruby terpikat dengan resepi KHAIRUL ABDULLAH ni, nampak menarik dan senang je cara membuatnya.
Kak ruby pun pergi cari bahan-bahan dan buat, senang je...dan ini lah hasilnya. Oleh sebab pertama kali buat kot lava nya tidak begitu cair sangat, tapi tetap sedap. Lepas lah juga keteringinan kak ruby tu. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada tuan punya resepi iaitu Khairul Abdullah.
CHOCOLATE LAVA CAKE
Bahan
5
sudu butter
100
gm coklat masak gelap
2
biji telur saiz besar
1
kuning telur saiz besar
3
sudu besar gula
3
sudu kecil tepung
2
sudu kecil serbuk koko
1
secubit garam
4
paper cup atau 4 ramekins – disapu sedikit butter
Cara
Panaskan
oven 200c (kak ruby panaskan 180 je)
Cairkan
butter dan coklat bersama-sama secara “double boiler” atau didalam microwave
sehingga cair dan kacau hingga sebati.
Pukul
telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga
gula larut.
Kacau
campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup
saiz besar tebal yang telah disapu dgn sedikit butter.
Kalau
ada masa sejukkan dulu adunan didalam freezer selama 5 minit, kalau tak nak,
boleh terus masuk oven.
Bakar
selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Tak stem pun boleh. Atau boleh jugak guna
teknik “waterbath” tapi make sure pakai ramekins lah ye.
Anagkat
dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment