Nuffnang Ad

Sunday, 3 December 2017

Kek Coklat Lava

Assalammualaikum... Sekarang sudah bulan Disember bermakna tahun 2017 akan berakhir tidak lama lagi, huhuuu umur pun meningkat,  apa yang diharapkan mudah-mudahan tahun 2018 nanti diberi kesihatan, kekuatan dan kesabaran yang lebih lagi. insyaAllah kan......
Beberapa hari lepas kak ruby cuba buat kek coklat lava.  Sebab tak puas makan masa sambutan hari lahir tempuh hari, kek coklat lava di hadiah kan oleh kakak masa hari lahir tu, masih terasa kesedapan kek coklat lava.  Jadi kak ruby pun godek-godek lah dalam blog, memang banyak resepi kak ruby jumpa.  Tapi kak ruby terpikat dengan resepi KHAIRUL ABDULLAH ni,  nampak menarik dan senang je cara membuatnya.
Kak ruby pun pergi cari bahan-bahan dan buat, senang je...dan ini lah hasilnya.  Oleh sebab pertama kali buat kot lava nya tidak begitu cair sangat, tapi tetap sedap.  Lepas lah juga keteringinan kak ruby tu.  Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada tuan punya resepi iaitu Khairul Abdullah.



CHOCOLATE  LAVA CAKE

Bahan
5 sudu butter
100 gm coklat masak gelap
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu kecil tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu sedikit butter





Cara
Panaskan oven 200c (kak ruby panaskan 180 je)
Cairkan butter dan coklat bersama-sama secara “double boiler” atau didalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
Pukul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati.  Ayakkan tepung, koko dan garam.  Kaup dengan spatula sehingga sebati.  Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar tebal yang telah disapu dgn sedikit butter.
Kalau ada masa sejukkan dulu adunan didalam freezer selama 5 minit, kalau tak nak, boleh terus masuk oven.
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava.  Tak stem pun boleh. Atau boleh jugak guna teknik “waterbath” tapi make sure pakai ramekins lah ye.
Anagkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan. 

No comments:

Post a Comment