PUDING KIWI
Bahan
5 gm agar-agar serbuk
2 biji buah kiwi
5 sudu besar gula – boleh tambah
2 ½ cawan air
½ tin susu cair
sedikit pewarna hijau
Cara
Kupas buah kiwi dan potong dadu, kisar dengan ½ cawan
air, ketepikan.
Masukkan agar-agar, air yang 2 ½ cawan dan gula
kedalam periuk serta masak hingga mendidih.
Masukkan pula susu cair dan kiwi kisar tadi serta
pewarna hijau. Masak bagi mendidih
sekejap, tutup api kacau sebati.
Tuang kedalam acuan yang dibasahkan dengan air (ini
untuk memastikan pudding senang dikeluarkan dari acuan)
Bila puding sudah sejuk, masukkan dalam peti ais,
biarkan sejuk boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment