TALAM NANGKA
Bahan Lapisan Bawah :
1 cawan nangka dipotong kecil
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
4 sudu besar gula
1/2 sk garam
Cara
Bancuh semua bahan kecuali nangka, tapis dan masak
hingga naik wap, tutup api, masukkan nangka tadi dan kacau hingga rata. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu dgn
sedikit minyak (kak ruby sapu butter) atau alaskan dgn plastik dan kukus selama
15 minit.
Bahan Lapisan Atas :
80 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
sedikit garam
cara
Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak
hingga naik wap. Tuangkan ke atas
lapisan bawah tadi. Kukus lah selama 30
minit atau hingga masak.
Betul-betul sejuk baru dipotong, potong guna pisau plastik
No comments:
Post a Comment