Nuffnang Ad

Sunday, 7 August 2016

Pulut Sri Kaya kesukaan Ku



PULUT SRI KAYA

Bahan:
Bahan Bahagian Bawah
1 1/2 cawan pulut
3/4 cawan santan cair
1/2 sudu kecil garam


Cara
Bacuh pulut dan rendam beberapa jam.
Satukan semua bahan diatas, masukkan dalam loyang atau bekas kecil2 dan kukus separuh masak atau hingga santan kering. Kemudian tekan pulut supaya ia kemas dan padat.
Tuangkan adunan bahagian atas keatas nya.  kukus semula 20 - 30 minit.
Sejukkan dulu baru potong dengan pisau plastik.


Bahan Bahagian Atas
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1 biji telur
5 sudu mkn tepung gandum
1 sudu mkn tepung jagung
1/2 sudu kecil garam

Cara 
Semua bahan diatas bancuh sebati dan tapis.
Kemudian kacau atas api sederhana hingga naik wap, tutup api dan tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.  Kukus semula hinga masak.


1 comment: