KUIH LAPIS SAGU
Bahann
300 gm biji sagu (rendam 1/2 jam dan toskan)
100 gm gula halus/ tmbh klu nak manis
150 gm kelapa parut putih
garam halus secukupnya
sedikit pewarna merah
Cara
Lengser loyang atau acuan kecil2 dengan sedikit
minyak, kak ruby sapu dengan sedikit butter, ketepikan.
Panaskan air kukusan.
Gaul sagu, gula, kelapa parut dan garam hingga sebati
dan rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian warna dengan warna pilihan
sendiri.
ambil bahagian pertama masukkan kedalam loyang
ratakan, kukus selama 15 minit, keluarkan dari periuk kukusan ratakan, kemudian
masukkan pula bahagian kedua kukus lagi selama 15 minit dan akhir sekali
bahagian ke tiga kukus selama 20 – 25 minit atau hingga masak
Pastikan kuih betul2 sejuk baru keluar dari acuan dan
potong dengan cara tersendiri.
Hidangkan bersama kelapa putih yang digaul dengan
sedikit garam.
No comments:
Post a Comment