BUAH MELAKA
Bahan
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air + sedikit pewarna hijau
gula kabung/gula melaka
2 cawan kelapa putih + sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul
air untuk merebus
Cara
Potong gula kabung atau gula melaka kecil2 untuk
dijadikan inti, ketepikan.
Masukkan daun pandan dalam periuk bersama air,
didihkan.
Masukkan air yang dicampur dengan pewarna hijau tadi
ke dalam tepung pulut dan tepung gandum, cara sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan
jadi lembut dan boleh di bentuk bulat2.
Kemudian ambil adunan yang telah dibentuk bulat tadi,
leperkan masukkan inti, tutup bentukkan bulat semula. Buat lah hingga adunan habis.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih tadi, masak
lah hingga buah melaka timbul, angkat dan toskan.
Gaulkan dengan kelapa putih yang dicampur dengan
sedikit garam.
Boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment