Nuffnang Ad

Wednesday, 2 May 2018

Bubur som som




BUBUR SOM SOM

Bahan
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, simpul
Pewarna hijau



Cara
Satukan kesemua bahan dalam bekas, kecuali pewarna hijau.  Kacau sekata.
Masak dalam periuk atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup.
Matikan api, Bahagi kepada 2 bahagian, satu bahagian  di warnakan hijau dan satu bahagian biar kan warna asal.  Sudukan bubur sum sum ke dalam acuan yang sesuai.
Hidangkan bersama air gula merah, Sedap di makan ketika sejuk.


Air Gula merah/ Sirap
Bahan
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan

Cara
Satukan kesemua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Tapiskan, sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment