PUDING SAGU
PELANGI
Bahan
1 cawan biji
sagu putih
1 liter air
20 gm serbuk
agar-agar
11/2 cawan gula
pasir
3 helai daun
pandan
1 tin susu cair
(400ml, boleh guna santan)
3 jenis pewarna
kegemaran
Cara
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus
hingga biji sagu menjadi jernih.
Tuangkan ke
dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan
mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian
berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda
dan lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Dalam periuk yg lain, masukkan 1 liter
air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair. Kemudian tutup api
Cedok 200 ml
larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata
dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika
dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan
masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke
atas lapisan pertama tadi.
6. Biarkan keras seketika sebelum mengelar
permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali
sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di
dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap
lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat
membeku.
Nak cuba buat lah nanti...
ReplyDelete