Hihihi jemput vadai ni terjadi secara tak disengajakan. Ini cerita minggu lepas, kerana sibuk sekarang baru dapat publish dalam kayumaniskorner......
Malam nya kak ruby rendam lah kacang dal untuk esok pagi nak buat kuih vadai. Pagi-pagi lagi bangun blender kacang dal, seronok nya sebab kuih vadai ni kesukaan encik suami. Ini kali yang ke tiga kak ruby buat kuih vadai dalam masa 4 tahun, lama kan..........
Encik suami tak de ni masih lagi di Putrajaya, kata nya dalam pukul 9 dia sampai.
Kak ruby pun dengan hati yang bahagia dan seronok nya blender lah kacang dal dengan 1 cawang air, bila sudah siap blender baru sedar yang kak ruby masukkan air sebanyak 1 cawan bersama kacang, ya Allah apa akan jadi ni terjerit kak ruby.....sapa-sapa yang pernah buat kuih vadai tahu lah macam mana nak buat kuih vadai lagi kalau kacang di blender bersama air, adunan sudah cair macam mana nak bentuk kuih vadai lagi.......
Jam sudah hampir pukul 9, kejap lagi encik suami akan sampai....selalu nya bila suami balik sekali sekali kak ruby akan masak satu makanan kegemaran encik suami, tapi kali ini tidak menjadi.....
kak ruby terus kan juga buat vadai tapi dengan cara kak ruby, kak ruby campurkan semua bahan, kemudian goreng macam buat jemput-jemput.......
Kak ruby hidang atas meja cantik-cantik, encik suami sampai rehat sekejap, sarapan......kak ruby diam je, tiba-tiba suami cakap "sedap nya jemput-jemput ni macam vadai"....kak ruby cuma tersenyum, dan kak ruby pun kata " tu jemput vadai nama dia". Encik suami makan habis satu piring, sambil bangun dari meja encik suami kata "lain kali buat lagi ye jemput vadai sedap lah".....apa lagi kak ruby kembang setaman, kuih vadai tak jadi dapat pujian pula hihihi....
Terus kak ruby nama kan jemput vadai.
KUIH
VADAI
Bahan
250
gm kacang dal
3
biji cili kering - digunting halus
1
tangkai daun kari - diracik halus
1/2
biji bawang besar - diracik halus
1
sudu teh jintan manis - biarkan sebiji sebiji
1/2
sudu teh garam
minyak
utk menggoreng
Cara
Rendam
kacang dhal selama lebih kurang 4 jam (kak ruby rendam semalaman) tos hingga
kering.
Kisar
kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang dhal yang
tak hancur.
Satukan
semua bahan dalam bekas dan gaul rata. Leperkan
atas tapak tangan yang diatas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit
minyak, supaya ia tidak melekat.
Susun
diatas dulang yang disapu dengan sedikit minyak.
Goreng
atas api yang sederhana besar hingga kekuningan dan garing.
No comments:
Post a Comment