KUIH MANJA
Bahan
1 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
½ cawan susu segar/susu cair
½ cawan air
1 sudu besar butter - dicairkan
2 sudu besar gula
Sedikit pewarna kuning
Cara
Pukul telur dan gula hingga kembang, kemudian satukan
dengan semua bahan-bahan lain dan kacau hingga sebati, biarkan adunan selama 15
minit.
Panaskan non stick pan, ambil ½ senduk dadarkan
didalam non stick pan dengan api perlahan,
Bila sudah kering dan masak letakkan inti dibahagian
tengah dan angkat sambil ditutupkan bahagian tengah.
Untuk inti boleh guna kaya dalam tin, kelapa dan juga
kacang tanah yang sudah ditumbuk halus.
No comments:
Post a Comment